Garis Panduan & Prosedur ICT

1. Pendahuluan

1.1 Pengenalan

Pada  masa  kini  sekolah  semakin  bergantung  kepada penggunaan sistem automasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi memproses maklumat untuk menyokong operasi harian dengan lebih baik. Program keselamatan ICT yang berkesan adalah penting untuk memastikan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan maklumat. Memandangkan ancaman keselamatan yang semakin meningkat dan kerumitan dalam sistem ICT yang digunakan, maka Penyelaras ICT Sekolah mestilah sentiasa memastikan bahawa risiko keselamatan ICT diurus dengan sewajarnya. Selain melaksana kawalan teknikal, amalan operasi dan pentadbiran yang mantap amat penting bagi memastikan pelaksanaan program keselamatan ICT berkesan.
Buku ini mendefinisikan keperluan mengekalkan tahap keselamatan minimum bagi sistem ICT yang digunakan dalam menyokong operasi di sekolah, dan tertakluk kepada semakan berkala. Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai hak untuk mengemas kini dokumen ini apabila perlu.

https://app.box.com/shared/cjt55269n9ghijss83u1

No comments:

Post a Comment